Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Saturday, 28 December 2013

Cakes,Kerja dan Harga Baru....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dengan kalimah Bismillahirahmanirahim..segala pujian itu bagi Allah dan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat baginda...

Dah lama cikngah tak update blog ni...rindu sangat-sangat nk menulis...cikngah sibuk sedikit akhir-akhir ni sbb baru dpt anak buah baru..jadi banyak lah kerja nk kena settle...

Jualan kek sejak akhir-akhir ni merosot sedikit...ye cikngah pun tak banyak promote pada kawan-kawan sejak akhir-akhir ni...macam merajuk pulak kan..hehe...cikngah faham sekarang banyak barang naik so,priority pada kek pun kurang...tp tak mengapa...Rezeki di tgn Allah...

Dan syukur Alhamdulillah cikngah akan lapor diri untuk bekerja di tempat baru khamis ni (2/1/2014)...Alhamdulillah rezeki daripada Allah...Syukur Alhamdulillah...Cikngah akan start kerja di LHDN Wangsa Maju sebagai pembantu tadbir(sambilan)....

Inilah yang dikatakan rezeki..walaupun sambilan sahaja,tp tak apalah...walaupun cikngah bekerja,bisnes kek ni tetap berjalan tapi secara part time sahajalah...

Jadi cikngah hanya boleh buat kek pada hujung minggu dan pada sesiapa yang nk kek atau apa sahaja,beritahu cikngah awal-awal ye...kena tgk cikngah boleh buat atau tidak...

Seperti yang cikngah janjikan pada post yang lepas,harga untuk kek akan dinaikkan...maaf ya kalau ramai yang tak puas hati...sbbnya bahan-bahan yang cikngah beli skrg semua dah mahal...tambahan cikngah beli kat Bagus...pada yang tau harga kat Bagus,mesti tau kenapa kena jual mahal...huhu...


Tp cikngah tak adalah nk kaut untung berkali ganda...cikngah ingin berniaga mengikut sunnah...cikngah ingin membuat fardhu kifayah...ingin mencari Redha Allah...itu yang paling utama...

Oklah pada semua, sila rujuk page produk k...Lupa pulak...cikngah akan letak kek di Pasar Segar pada hari Sabtu itu pun kalau sempat buat pada hari Jumaat...dan untuk maklumat semua,cikngah dah tak letak kek di LRT Gombak...

Cikngah memang minat membuat kek...I love baking cakes....cikngah akan cuba menunaikan fardhu kifayah ini sebaik mungkin...I love Islam....

"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Sunday, 24 November 2013

Harga baru bagi semua jenis kek mulai tahun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama juga Cikngah tak ber"blog" di sini...agak sibuk dengan tempahan kek tambahan baru dapat tempat baru untuk pasarkan kek...sekarang kek Cikngah boleh didapatkan di Kedai Pasar Segar berdekatan T.S Mega sederet dengan Melati Curry House(pelbagai jenis kek) dan LRT Gombak Kedai Auntie jual wafer dan jagung(kek carrot shj).

Baru-baru ni Cikngah dapat promosikan kek lapis kukus cream cheese kepada kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah KAFA...Alhamdulillah respon mereka sangat baik...semua suka dengan kek tu...Cikngah akan berusaha menambah baik kekurangan yang ada...

Di samping menjual,Cikngah juga dapat berjumpa kembali kawan-kawan sewaktu sekolah rendah...sangat best dapat borak ngan diorg...hehe...dulu semuanya kecil,comot(termasuklah Cikngah)hihihi...skrg dah berkerjaya dan masing-masing bergaya...biasalah dah besar kan...mesti nak cantik...

Tapi Alhamdulillah berkat bisnes yang Cikngah buat ni dapat menghubungkan kawan-kawan yang jauh dan dekat...yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapatkan...Cikngah sentiasa berdoa agar dapat memberikan hasil yang paling baik buat semua...terima kasih juga atas sokongan semua...

Dan yang paling utama di sini Cikngah nak beritahu bahawa mulai tahun depan iaitu 1/1/2014,harga semua jenis kek akan dinaikkan disebabkan peningkatan kos bahan mentah...banyak barang dah naik dan ada juga yang kata harga kek Cikngah sangat murah berbanding tempat lain...

Mungkin sesetengah tempat kek yang Cikngah hasilkan sangat murah dan sesetengah tempat agak berpatutan...iya...mmg semua harga kek Cikngah sangat murah tp masih dapat untung...mungkin juga ada sesetengah kos yang Cikngah tak kira....seperti kos gas,kos elektrik(kira sedikit) dan sebagainya...

Betul,Cikngah untung dengan jual harga tu tp untung sedikit sahaja...:-).tp bila difikir semula dengan keringat kita dan harga barang yang naik,Cikngah mesti naikkan harga...tp jangan risau,masih murah lagi kot walaupun naik harga....hehehe..Cikngah akan fikir harga yang sesuai untuk semua berikutan pertambahan harga bahan mentah..

Bagi harga muffin, harga sudah naik beberapa hari yang lalu...Cikngah rasa harga muffin Cikngah masih murah walaupun sudah naik harga...hehe....tak ape lah..yang penting kualiti dan semua berpuas hati...itu yang penting...kalau satu hari nnti Cikngah kena keluarkan kos beli aset yang mahal,masa tu baru Cikngah kena fikirkan harga-harga muffin tersebut...hehe..

Berkenaan kos penghantaran pula,kos penghantaran masih tidak berubah walaupun harga minyak naik...dan yang paling best,kos penghantaran tidak perlu dibayar jika membuat tempahan melebihi RM100 pada satu masa...tapi ini penghantaran kawasan Lembah Kelang sahaja ya...Almaklum lah kalau luar kawasan karang payah pulak nk bayar tol dan minyak...

Jadi,bagi yang ingin mengetahui harga terbaru semua jenis kek boleh la rajin-rajinkan tangan tengok blog ni sentiasa...hehehe...mungkin hujung bulan 12 baru Cikngah letakkan harga baru...jadi,apa tunggu lagi...sebelum harga naik,cepat-cepat order kek...
 
Dan akhir kata,yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah adalah kelemahan Cikngah sendiri..dan Cikngah sedaya upaya memperbaiki kelemahan tersebut...In shaa Allah...

"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu Cikngah"

Saturday, 9 November 2013

Alhamdulillah...1st delivery luar KL berjaya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua...harini hari yang sangat menggembirakan cikngah...Syukur Alhamdulillah cikngah dapat 2 perkara yang menggembirakan...nk tau ape? Pertama kek yang cikngah hantar menggunakan pos laju ke Nibong Tebal,Penang sampai tepat pada masanya dan tak rosak langsung...risau dah kalau-kalau kek tu pecah dan berkulat...

Nasib baik eksperimen pertama berjaya...syukur sangat-sangat...dan di bawah ni cikngah tunjukkan gambar-gambar cikngah dan teman cikngah yang beli tu 'snap'.
Kek yang dibungkus...ni sebelum hantar ke penang..
ni teman cikngah snap...setelah tiba di penang...
kek yang dipotong...terima kasih awin untuk gambar-gambar ni...
Kek Lapis Kukus Cream Cheese...
Dan perkara kedua yang cikngah nk kongsikan ialah Cikngah dah dapat tempat baru untuk letak kek..iaitu di Kedai Auntie (jual wafer dan jagung) di LRT Gombak...tapi cikngah hanya letak kek carrot sahaja buat permulaan...mungkin next time kek lapis pula...tgk pada permintaan...dan cikngah mula letak pada Isnin ni(11/11/13)....cantik pulak date ni...

Pada pengguna LRT terutamanya LRT Gombak, singgah-singgah la Kedai Auntie tu yea...boleh belek-belek,beli dan rasa kek tu...pun boleh tanya khabar Auntie tu...lepas kena tikam dgn penjenayah aritu...

Buat sepupuku, Kak Linda...ha...boleh la dapatkan kek carrot kat situ...akhirnya tercapai juga hasrat akak suruh sarah letak kek kat situ...Harap-harap kek carrot tu dapat sambutan...Ameen...

Dan akhir kata..yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri...

Assalamualaikum....Salam Maal Hijrah 1435...

"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Thursday, 24 October 2013

Feedback daripada Customer

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana Cikngah masih mendapat tempahan walaupun selepas Hari Raya...Walaupun tempahan tak sebanyak ketika Hari Raya tp Alhamdulillah di atas rezeki ini...

Kek-kek Cikngah juga masih boleh didapati di Kedai Pasar Segar dan pada yang berdekatan boleh dapatkannya di kedai tersebut yang sederet kedai TS Mega dan Melati Curry House...kedai ni paling hujung sekali...di Taman Melati ya...

Cikngah juga mendapat respon yang baik daripada customer Cikngah yang order agak banyak untuk 1 masa..kepada CC Jaleha yang mana mengatakan kek dan muffin tersebut sangat lah ok...Lain kali boleh order lagi yea...

Dan ini antara kek yang terdapat di Kedai Pasar Segar untuk minggu ini...
Kek Lapis Masam Manis (sold out)
Kek Carrot
Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Terima kasih juga kepada Cik Ani Fuzi kerana order kek lapis oreo untuk dibawa ke kenduri...kek ni dah siap semalam dan akan diberi pada hari Jumaat ini...perlu disimpan di dalam freezer supaya ianya mampat...
Kek Lapis Oreo...yummy...sedapnya...
Ok lah...pada customer yang pernah order drpd Cikngah...klu nk komen tentang produk Cikngah boleh tinggalkan di ruangan komen...Harap semuanya komen yang membina ya...Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya....Thank You Allah...Alhamdulillah...
"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu Cikngah"

Wednesday, 16 October 2013

Alhamdulillah...Rezeki....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat Hari Raya Qurban buat semua....setelah pulang dari kampung cikngah terus menyiapkan semua pesanan kek yang telah ditempah...Alhamdulillah...dapat disiapkan....dengan mak cikngah sekali pulun siapkan kek smpi ke mlm...Alhamdulillah rezeki daripada Allah Taala...

Dan hari jumaat ni dah start cikngah nk buat untuk letak di Kedai Pasar Segar...setelah seminggu bercuti...sebelum bercuti pulang ke kampung haritu,cikngah juga telah menyiapkan 2 biji kek lapis cadbury dan muffin oren yang ditempah oleh CC Jaleha untuk majlis pertunangan...
Kek untuk hantaran pertunangan
kek untuk dihidang kepada tetamu
muffin oren diletak coklat rice
muffin oren bercip coklat
muffin dalam bekas (customer dah ada bekas sendiri)
Harap CC Jaleha berpuas hati dengan servis yang diberikan dan cikngah ucapkan jutaan terima kasih kepadanya di atas order yang banyak ni...

Selepas ni cikngah nk siapkan pula untuk dijual di kelas agama mak cikngah dan di Kedai Pasar Segar...harap semuanya habis dijual...ok...sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan kita hambaNya hendaklah berusaha untuk mencari rezeki yang berkat...dan bersyukur dengan apa yang kita ada..:-)Thank You Allah..

"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Wednesday, 11 September 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua...kepada yang setia membaca blog cikngah,terima kasih ya...sejak akhir-akhir ini cikngah mempunyai banyak masa jadi boleh la update blog di sini...

Memandangkan cikngah tidak bekerja jadi cikngah perlu berusaha bagi memastikan bisnes ini berjalan lancar dan income sentiasa ada...Alhamdulillah tempahan sentiasa ada walaupun tak berapa banyak...Syukur...

Cikngah perlu bekerja keras dan cikngah harap kek yang cikngah letak di kedai-kedai sekitar Taman Melati mendapat sambutan...sesungguhnya rezeki itu daripada Allah dan kita hanya berusaha dan berdoa...

Terbaru cikngah telah menyiapkan tempahan Kek Coklat Moist yang ditempah oleh Kak Sue dan Kek Lapis Masam Manis oleh Wanchik...Esok (12/9) perlu menyiapkan 2 biji kek lagi iaitu Kek Carrot dan Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang ditempah oleh sahabat mak cikngah...Alhamdulillah...


Kek Coklat Moist
Kek Lapis Masam Manis


Friday, 6 September 2013

Produk Baru (Kek Lapis Kukus Cream Cheese)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni cikngah ada mencuba 1 resepi baru yang diperkenalkan oleh sedara cikngah...Sedara cikngah bgtau yang dia makan kek ni punyalah sedap...kami pun tertanya-tanya kek apalah yang sedap sangat...hehe...

Rupa-rupanya kek lapis kukus cream cheese...Kek ni sedara cikngah makan ketika di "open house" kawan dia...Setelah dicuba jawapannya MEMANG SEDAP...rasa sekali nk berkali-kali...hehe...

Dan yang bestnya cheese ni guna jenama tatura yang mana ada halal jakim...jadi mana kawan-kawan yang tak makan cheese sbb meragui status halal cheese tersebut jangan risau...kalau tak percaya ,boleh check sendiri di halal jakim...

Sebab cikngah tak lalu makan cheese sebab itu lah...jadi,kalau buat sendiri rasa yakin tu ada...Lepas ni cikngah nak try pulak kek cheese...hehe...insyaAllah kalau jadi boleh post di sini...
Kek Lapis Kukus Cream Cheese apabila dipotong....
Akhir kata sesiapa yang ingin order boleh contact terus ke no cikngah atau tinggalkan di inbox facebook cikngah...

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Friday, 16 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Terima Kasih di atas sokongan anda semua....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lebih seminggu kita menyambut Aidilfitri...baru harini cikngah berkesempatan mencoret sesuatu di blog ni...Di kesempatan ini cikngah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

Maaf jika ada terkurang terlebih sepanjang cikngah menjual kek, biskut dan kerepek...Harap lebih kurang semuanya halal naa...

Sepanjang bulan Ramadhan cikngah tak berkesempatan untuk menulis kerana sibuk menyiapkan tempahan...jadi blog ni pun tak update...maaf sekiranya ada yang tertunggu-tunggu apa produk terbaru dari cikngah...

Setakat ini,hanya yang diletakkan di bahagian produk sahaja untuk dijual...jika ada yang lain,cikngah akan update...

Buat kawan-kawan dan sedara yg membeli produk daripada cikngah,cikngah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana ingin membeli daripada cikngah...sebarang komen boleh sahaja ajukan kepada cikngah..sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang kurang baik itu daripada cikngah sendiri...

Cikngah harap dengan keputusan cikngah untuk berhenti dan terus membuat bisnes ini membuka seluasnya pintu rezeki buat cikngah...Harap family, encik tunang, kawan-kawan terutamanya di JPJ dan sedara mara terus memberikan sokongan buat cikngah....

Akhir kata doakan kejayaan cikngah dalam bisnes ini dan cikngah akan berusaha mencari yang terbaik buat kalian yang menyokong....

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"





Monday, 8 July 2013

Resepi Kuah Pecal....

Assalamualaikum dan salam sejahera...

Hari Jumaat lepas cikngah sempat membuat kuah pecal yang resepinya diambil daripada mak sedara cikngah(Cik Nah)..Biasanya kuah pecal ni abah yang suka sgt order kat Cik Nah..Kasihan kadang-kadang tu sbb Cik Nah ni orangnya sibuk...tp sbb abg punya pasal kena buatkan lah jgk...

Dan haritu abah ada tanya kat cikngah boleh tak buatkan tp masa tu cikngah byk terima tempahan dan masa sgt pack jadi tak sempat nak buatkan...dan hari Jumaat lepas cikngah sempat lah membuatnya....

Dan komen daripada abah cikngah katanya kurang masam...asam jawa kurang..masin semua ok..Ok la tu kan...1st trying...xpe...next time buat lg..bagi sedap....hehe...jadi masa bancuh kena lah tambah asam jawa sikit...Psssttt...kurang masam pun,abah makan licin...hahaha....

Ok lah kawan-kawan semua...seperti biasa,cikngah letakkan resepi di ruangan resepi...di sini hanya cikngah tunjukkan gambarnya sahaja....
Kuah pecal yang baru siap...
Kuah pecal setelah dibancuh...sedia untuk dimakan dengan sayur-sayuran....bancuh dengan air panas je taw...
Bagi yang tak tahu nk bancuh kuah pecal ni...ambil kuah pecal yg atas tu(gambar pertama) kemudian, bancuh je ngan air panas atau air suam...sampai dapat kepekatan yang dikehendaki...

Boleh dimakan dengan sayur-sayuran seperti kangkung kampung (bandar pun boleh je)hehe...timun,tauhu yang digoreng,taugeh, dan macam-macam lagi lah ikut selera masing-masing ea....

Ok lah...apa-apa pun sila lah ke ruangan resepi...di situ cikngah beri resepinya....kalau nk bertanya boleh je hello-hello cikngah atau sms atau WhatApp cikngah...Kalau pertanyaan mudah-mudah boleh la jawab kot..kalau soalan yang susah-susah kena tanya sifu lahhh....

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Tuesday, 2 July 2013

Kuih Raya, Kerepek Raya dan Kek Lapis Raya....2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haii semua...makin susah pula cikngah nk menulis di blog....xpe...klu ada masa terluang cikngah akan cuba menulis di blog...kali ni cikngah ingin 'post'kan kuih raya,kerepek raya dan kek lapis raya...hehehe...

Bawah ni semua kuih raya yg cikngah jual...Selamat menjamu mata ya....
yeah...almond london dibuat khas oleh kakak cikngah....rugi xbeli...harganya 50biji - RM23...
ini dari air tgn cikngah...mazola 50 biji - RM17...
juga dari air tgn cikngah...coklat chip 50 biji - RM 18....
semua biskut baru...klu nk cuba biskut baru boleh contact cikngah...50 biji - RM 24
 
Mmm....nmpk mcm menyelerakan...tp memang pun...tak tipu..hehe...tapi yg ini sudah tutup order...maaf ya...
nyum...nyum...kerepek pisang tanduk...sekilo RM 20 dan 1/2kg - RM 10...cepat...last amik order 14/7/2013...
krupppp...sedap..tak keras...sesuai dimakan ketika menonton tv...
Ok lah...hanya 2 jenis je yg cikngah buat...coklat chip dan mazola....bagi biskut baru tarikh tutup order pada seminggu sebelum raya...so,masih byk masa lagi untuk order...boleh contact cikngah atau whatsapp cikngah di no 017-329 4695...no ni boleh whatsapp...klu no celcom tak boleh...

Untuk kek lapis pula,cikngah tak ambil order banyak jenis...cuma 5 jenis je...berikut senarainya..
Kek Lapis Masam Manis - RM 50 sebiji....
Kek Lapis Cadbury - RM 60 sebiji...
Kek Lapis Oreo - RM 50 sebiji...
Kek Lapis Rempah - RM 50 sebiji...
Kek Lapis Blueberry - RM50 sebiji...

Memandangkan cikngah membuat kuih dan kek ni sepenuh masa,jadi kalau nk kacau boleh je...hehe...jgn risau...kalau cikngah boleh layan, cikngah layan...

Untuk kek biasa...bg sesiapa yg ingin order boleh order...tgk di ruangan produk yea...hanya kek lapis je cikngah terhad untuk 5 jenis je....

Ok Selamat Menempah drpd Cikngah...pada yg sudah menempah terima kasih...semua order in shaa Allah akan sampai pada 1/8 atau weekend sebelum raya...

Akhir kata Selamat Menyambut  Bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah pada bulan yang mulia ini...Sesungguhnya Ramadhan adalah masa untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala....In shaa Allah...

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Friday, 24 May 2013

Majlis Tunang dan Bahulu Blup

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat mlm semua...hari ini setelah beberapa bulan cikngah tak menulis sesuatu di blog,akhirnya dapat juga menjengah di blog sendiri...maaf ye cikngah agak sibuk semenjak di tempat kerja baru..byk kerja dan tak sempat untuk ber'blog'....

Ok lah...ada satu news yang cikngah nk kongsi bersama korg semua...majlis pertunangan cikngah sudah selesai di adakan dan kini cikngah sudah menjadi tunangan org....hehehe...gambarnya nnti lah cikngah upload ye...tp gambar encik tunang tak payah la cikngah tunjuk rasanya....hehe..biarlah rahsia...
Hantaran daripada pihak lelaki
Hantaran belah perempuan
Antara sahabat yg datang....tq korang...
Seorang lagi sahabat baik yg sudi datang...tq beb...
Di ruangan kali ini cikngah ingin berkongsi produk terbaru iaitu bahulu blup...hehehe....resepi ni adalah resepi org dahulu yg diberikan oleh cc cikngah sewaktu bekerja di JPJ...terima kasih ye Kak Sal dan CC Jaleha...baru harini cikngah berkesempatan membuatnya...

Seperti biasa resepinya di ruangan resepi dan di sini cikngah hanya letak gambarnya sahaja...
Adunan bahulu
hehehe...sedikit hodoh yg atas,tp yg belah bawah ok lah...1st try kan....
Ok lah...tp cikngah tak berani buka order lagi yea tuk bahulu ni sbb nk tggu kritikan dari juri-juri yg mkn bahulu tersebut...bila sudah mendapat green light dan setelah di R&D,baru cikngah boleh buka order...

Tp yang pasti bahulu tu rangup ya....

Oklah...nnti kan tulisan cikngah di ruangan akan dtg....Selamat Berhujung Minggu....

"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Saturday, 23 March 2013

Tidak Berpuas Hati Dengan Produk

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hai semua...apa kabar?lama sgt dah cikngah tak menulis di blog ni...bukan lupa tp masa mencemburui cikngah untuk menulis...hehe...lama cikngah nk update tp ada je kerja nk kena buat...tak pe...janji kawan-kawan semua ikut blog ni dan boleh menempah yea...

Cikngah baru sahaja hantar kepada sedara di kampung kek lapis masam manis...Alhamdulillah mereka suka...tp bukan pakai courier la..pesan pada mak sedara...kebetulan mak sedara nk balik kampung...

Cikngah risau jugak kalau-kalau kek tu tak jadi...jadi pada sesiapa yang dapat kek atau biskut atau apa sahaja produk dari cikngah tetapi tidak berpuas hati atau produk tersebut rosak,cikngah akan pulangkan duit 20% dari harga jualan produk tersebut atau digantikan dengan yg baru...

Sebab kekadang kita tak tahu produk tu macam mana bila dah siap...org yang membeli je yang tahu rasa dia ok atau tak...tp apa pun cikngah ingin mohon maaf awal-awal kalau produk tersebut tidak seperti yang diharapkan...jadi kalau tidak berpuas hati boleh saja hubungi cikngah...

Ok lah...cikngah ingin post resepi di sini...resepi tersebut ialah Roti Perancis dari Malaysia...hehe...jadi seperti biasa resepinya di ruangan resepi lah....cikngah update di sana ya...check it out!

setelah siap dibakar
setelah dipotong dan disapu butter garlic

Tuesday, 22 January 2013

Pizza Hasil Tangan Cikngah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua...harap semua sihat di hari selasa ini dan diberikan kesihatan yang baik bagi menjalankan kewajipan sebagai hambaNya di muka bumi ini...

Ok lah...Di ruangan ini Cikngah ingin berkongsi resepi yang Cikngah ambil dari Chef Dato' Fazley kita..ala yang motivator tu dan merangkap juara Masterchef Selebriti musim pertama...resepi ni di"post" di dalam katalog avon dan Cikngah buat ikut rasa Cikngah...

Cikngah tak ambil semua satu adunan sebab tgk tepung dia terlalu banyak..jadi Cikngah kurangkan tepung dan agak-agak je...Bak kata Chef Ammar "suka suka hati"...Dalam masak ni kekdg kita kena jugak guna instinct kita....kalau rasa byk buat separuh dl...

Ok lah...bwh ni Cikngah tunjuk gambar je dulu...untuk resepi sila ke ruangan Kongsi Resepi...seperti biasa di situ ada detail resepi ini...
sedia untuk diuli dengan tangan










Gambar di atas ni setelah Cikngah masukkan ke dalam mixer dan diuli menggunakan hook penguli...Setelah menjadi doh seperti di atas,mak Cikngah pula tolong uli lagi....

Kemudian, biarkan doh tadi sebentar selama 45 hingga 60 minit bagi kembang...doh td ditutup yea...sementara menunggu bagi kembang,kita buat pula topping dia...menggunakan tomato pure...seperti di bawah ini....
topping untuk disapu di atas roti pizza
doh setelah dibiarkan selama 45 minit..kembangkan...
pizza sebelum dibakar
Taraa...inilah hasilnya...
 Cikngah dapat siapkan 3 keping pizza...disebabkan abg ipar Cikngah dapat daging gourmet,jadi Cikngah gunakan bahan tersebut untuk membuat pizza ni...walaupun sejuk,tp rotinya masih lembut...

Jadi,kepada yang ingin mencuba,boleh menggunakan resepi ini dan buat sedikit dulu adunan yea...sedap dan untuk yang inginkan pizza citarasa sendiri boleh ubah nk letak bahan apa untuk topping dia...

                                                      ~Selamat Mencuba~
"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu saya"

Saturday, 5 January 2013

Oven Cikngah rosak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas masa mak dan adik cikngah hendak membuat shell tart,tiba-tiba oven cikngah meragam....mak kata oven tak panas...huhu...sangat sedih...

Cikngah pun apa lg panggil la org untuk tgk-tgk kan...tp betul la dia pun tgk-tgk je la kan...so decision dari dia baik call service oven tu untuk repair...ok lah nk buat macam mana...kena la pangil foreman yang sebenar..

Then,smlm masa cikngah call(jumaat) pagi kira-kira pukul 11 pagi dia kata kalau tak harini sabtu...ok tak apa lah...tup tup kul 2 lebih(petang) foreman tu bagi sms dah ada kat taman melati...nk repair time tu baik cepat sebelum dia pegi tempat lain...

Ok orait...segera telefon bonda cikngah bagi tau dia nk datang repair...Alhamdulillah ptg semalam siap di'repair'...boleh la digunakan oven tersebut...

"kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu saya"