Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Friday 16 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Terima Kasih di atas sokongan anda semua....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lebih seminggu kita menyambut Aidilfitri...baru harini cikngah berkesempatan mencoret sesuatu di blog ni...Di kesempatan ini cikngah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

Maaf jika ada terkurang terlebih sepanjang cikngah menjual kek, biskut dan kerepek...Harap lebih kurang semuanya halal naa...

Sepanjang bulan Ramadhan cikngah tak berkesempatan untuk menulis kerana sibuk menyiapkan tempahan...jadi blog ni pun tak update...maaf sekiranya ada yang tertunggu-tunggu apa produk terbaru dari cikngah...

Setakat ini,hanya yang diletakkan di bahagian produk sahaja untuk dijual...jika ada yang lain,cikngah akan update...

Buat kawan-kawan dan sedara yg membeli produk daripada cikngah,cikngah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana ingin membeli daripada cikngah...sebarang komen boleh sahaja ajukan kepada cikngah..sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang kurang baik itu daripada cikngah sendiri...

Cikngah harap dengan keputusan cikngah untuk berhenti dan terus membuat bisnes ini membuka seluasnya pintu rezeki buat cikngah...Harap family, encik tunang, kawan-kawan terutamanya di JPJ dan sedara mara terus memberikan sokongan buat cikngah....

Akhir kata doakan kejayaan cikngah dalam bisnes ini dan cikngah akan berusaha mencari yang terbaik buat kalian yang menyokong....

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"





No comments:

Post a Comment