Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Kongsi Resepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kuah Pecal (Resepi daripada mak sedara-Cik Nah)


Bahan-bahan:

1) 2kg kacang tanah - cikngah guna 600g sahaja dulu(kalau rs yakin boleh buat 2kg silakan)
2) cili kering (guna bekas tapis merah) - cikngah guna satu mangkuk sahaja
3) 1kg gula - cikngah guna 300g (tp bukan guna semua)
4) 1 mangkuk bawang kecil - cikngah guna 3 ulas bawang besar sebab kat umah ada bwg besar je
5) beberapa ulas bawang putih
6) cekor - pilihan(cikngah tak letak sebab cekor ni panas)
7) asam jawa (besar 3/4 tapak tangan)-cikngah guna 1/4 je ikut 600g kacang tanah
8) belacan (ikut suka)-cikngah bubuh ikut byk asam jawa
9) udang kering/ikan bilis(2 genggam)-cikngah guna 1/2 genggam je...

Cara-cara:

1)Goreng semua dengan minyak kecuali gula.
2)Blend semua kecuali kacang dan gula.
3)Tumbuk kacang tanah (cikngah blend je sbb mim alif lam sin...hehe)
4)Gaul semua- Semua yang sudah diblend termasuk gula
5)Kalau tak masin,boleh tambah garam
6)Blender semua (optional)

*P/S - gula kalau boleh guna gula halus sbb nnti terasa biji gula...kalau tak pun blend gula sikit. Kira-kira boleh siap semua ni dalam masa 2 jam lah...kalau expert lagi boleh siap lagi awal.
*resepi yang cikngah guna tu untuk 600g kacang tanah...Kalau tak faham 3/4 tapak tangan boleh contact cikngah...


Inilah dia hasilnya...selamat menjamu selera...
Bahulu Blup

Bahan-bahan:

5 biji telor ayam
2 cawan tepung gandum (diayak dahulu kemudian disangai atau dibakar dlm oven selama   
   8-10minit dgn suhu 150darjah celcius 
2 cawan gula kastor/gula halus (disangai atau dibakar dlm oven sama seperti tepung)
esen vanila

Cara-cara:
1) Pukul gula dan telur sehingga pekat dan kembang.
2) Kemudian masukkan sedikit esen vanila.
3) Tuang tepung ke dalam adunan td dan gaul bagi sebati
4) Masukkan adunan sedikit ke dalam acuan bahulu sehingga penuh.
5) Masak selama 15 minit dengan suhu 220 darjah celcius.


Inilah bahulu blup...1st try ok...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Roti Perancis

Bahan-bahan:

190ml air (agak-agak)

230g tepung roti
60g tepung (cikngah guna tepung gandum)
2/3 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lemon jus
3g yis kering (mauripan)
minyak zaitun (cikngah guna minyak mazola) - untuk sapuan atas roti
air spray - untuk spray atas roti
butter garlic - untuk sapuan setelah siap

Cara-cara:

1) Masuk semua bahan-bahan ke dalam bread maker. atau pun mixer tp guna dough hook..On kan.
2) Bila dah siap, keluarkan adunan. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian...ikut masing-masing...biarkan 20 minit atau lebih...
3) Kemudian buatlah bentuk panjang atau apa-apa saja bentuk yang disukai...laraskan suhu oven pada 35-40 degree...masukkan roti tersebut selama 50-60 minit.
4) Keluarkan dari oven. Naikkan suhu oven pada 200 degree...Sementara tu potong memanjang dengan pisau pada bahagian atas roti...sapu dengan sedikit olive oil pada bahagian potongan td..spray air pada roti...


setelah potong..nampak tak cikngah kerat sikit....
selepas potong dan spray

5) Bakar selama 15-20 minit...Hasilnya seperti di bawah...


sesudah dibakar


inilah roti setelah di sapu butter garlic

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pizza (dari Chef Dato' Fazley - juara Masterchef Selebriti dalam katalog Avon)

Bahan doh:

Yis kering (mauripan)  = 2 sudu besar (cikngah guna 1 sudu besar)
Air suam = 1/4 gelas
Air  = 250 ml
Tepung gandum = 10 500 g (ayakkan) (cikngah guna 656g)
Minyak zaitun/masak = 2 sudu besar 
garam (ikut rasa)

Bahan taburan atas:

Pes tomato = 1 tin
Oregano = 1 sudu besar (cikngah tak guna,guna apa yang ada)
secubit garam
*bahan di atas cikngah masak tapi ikut resepi diadun rata

Salami = 1 pek
Sosej ayam atau daging = 1 pek
Bawang besar
Paprika hijau dan merah
buah zaitun tanpa biji dibuang airnya dan dihiris
cendawan butang buang air dan dihiris
keju mozarella mengikut citarasa

Cara-cara memasak
1) Larutkan yis dan air suam di dalam satu mangkuk.Biarkan kembang selama 10 minit.
2) Adunkan tepung,garam,minyak,dan adunan yis...masukkan sedikit demi sedikt 250 ml air dalam mangkuk besar.(cikngah guna mixer,guna hook yang pintal tu)
3) Bila doh mula terbentuk dan kenyal,ulikan sehingga ia menjadi  ala elastik dan lembut selama kira-kira 10-15 minit.
4) Tutup mangkuk dengan tuala dan tinggalkannya dalam suhu bilik selama 45-60 minit agar adunan menaik sehingga 2 kali saiznya.
5) Bahagikan doh kepada tiga. Letakkan dalam bekas bulat.
6) Sapukan pes tomato dan taburkan bahan-bahan lain ke atasnya mengikut citarasa.
7)  Oven dipanaskan selama 15 minit pada suhu 150 darjah. Setelah panas,bakar pizza selama 15 minit atau sampai masak...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tumpi (resepi dari blogger)

kacang dal (direndam semalaman)
500 g tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
sedikit santan
kapur sireh sebesar ulas jagung
1 biji telur
garam secukup rasa

Bahan kisar:
4-5 ulas bawang putih
1/2 cawan biji ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
2 camca besar udang kering,rendam seketika dan toskan
1 camca besar ikan bilis,rendam seketika dan toskan
* bagi yang baru pertama kali mencuba elok buat separuh atau suku adunan dulu

Cara membuatnya:

1) Satukan tepung beras,tepung ubi dan bahan kisar. larutkan kapur ke dalam santan dan masukkan ke dalam tepung tadi.
2) Santan dimasukkan sedikit demi sedikit dan kalau kita celup senduk dan angkat,belakang senduk tu akan meninggalkan satu lapisan nipis adunan tepung..kira da ok la tu...
3) Perasakan dengan garam dan jangan letak banyak...
4) Dan boleh digoreng di atas kuali...boleh gunakan acuan bulat leper untuk menggoreng tumpi ini...
5) Boleh juga menggantikan dengan kacang tanah dan bilis...

* cikngah sudah edit resepi ini untuk memudahkan...
  
adunan sedikit tebal,so boleh tambah air sedikit bagi nipis
inilah hasilnya...krupp..krupp...

                                          ~Selamat Mencuba~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harini cikngah free untuk menulis sesuatu di blog...Harini cikngah akan berkongsi resepi biskut mazola yang cikngah buat jual...kalau nk ambil resepi ni,silakan...

Dan kalau nk bertanya mengenai resepi tersebut boleh je contact cikngah...kalau cikngah boleh tolong,cikngah tolong..maklumlah ilmu cikngah pun tak banyak mana untuk dikongsi bersama...

Mazola

Bahan-bahan
250 g kacang tanah (cikngah prefer bakar)(bakar kemudian blend)
250 g tepung gandum
150 g gula halus/gula kastor
1/2 sudu kecil garam halus
1 tsp serbuk penaik
sedikit minyak jagung (agak-agak je ye)

Cara-cara

Kaedah yang digunakan untuk buat biskut mazola ni masuk je bahan kering dan gaul rata..sila rasa dulu..kalau tak masin tambah sedikit garam lagi...kemudian baru gaul dengan minyak mazola..

Dah siap sesi mengaul,boleh la buat bulat-bulat kecil adunan tadi atau ikut paten yang kita suka..terserah semua...bakar pada suhu 150 darjah selama 35 minit...atau sehingga masak...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang cikngah janjikan,cikngah akan tunjuk pula cara buat ayam...untuk chicken wrapped,bg yang biasa buat chicken chop,boleh gunakan kaedah tersebut...

Bahan-bahan

Ayam (dipotong kecil2 atau dadu)                     
lada sulah
garam
tepung gandum
telur
serbuk roti
Cara-cara

1) Perapkan ayam td dengan garam dan lada sulah.
2) Celupkan ayam ke dalam tepung.
3) Kemudian celupkan pula ke dalam telur dan serbuk roti.
4) Dah siap semuanya dicelup,boleh la goreng...
5) Kemudian boleh la wrapped kan ayam dengan paratha yang kita buat hari tu.

 6) Ambil roti paratha dan letak salad,bubuh ayam diatasnya..letak mayonis dan sos cili...kemudian balut semuanya...









Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cikngah mulakan perkongsian resepi harini dengan roti paratha...cikngah baru try resepi ni...teringin nk buat chicken wrapped...ayam dia cikngah buat kemudian..nnti cikngah akan post kemudian...resepi ni cikngah ambil dari internet dan sikit info dari cerita hidangan barakah.."masak dari hati,masak with iman"...hehe...

Ok,banyak pula celoteh cikngah...Kita mulakan resepi pertama...

Roti Paratha

Bahan-bahan:

250g tepung gandum
sebiji telur ayam
garam (agak-agak)
sedikit air (agak-agak juga)

Cara-cara

1)Cikngah gunakan kaedah mix je semua guna mixer tp gunakan besi pemutar untuk roti atau dough..
2)Cikngah tak igt nama dia apa..tp bg yang biasa guna mixer gunakan pemutar yang berputar tu...
3)Masukkan tepung,telur dan garam...cikngah gaul dulu garam dan tepung agar sebati...baru masukkan telur..
4)Kemudian masukkan air tp jgn banyak takut dough lembik...agak-agak je..
5)Putar semua agar menjadi dough...

inilah bentuk dough yang dah diputar guna mixer td

6)Mudah kan...kemudian buat bulat-bulat dough td dan canaikan ia...jadikan ia senipis yang boleh...semasa canai,taburkan sedikit tepung gandum di atas papan canai supaya tak melekat..
7)Kemudian,masak di atas pan tanpa minyak...

jadilah seperti ini
8)Setelah masak boleh makan dengan ape sahaja seperti gulai ke..daging kema ke...dhal ke...tak kisah..
9)Cikngah buat tebal sikit jadi agak keras sedikit...maybe adunan keras kot...

Disebabkan cikngah nk buat chicken wrapped,so cikngah simpan dalam peti sejuk dulu..cikngah buat separuh masak dulu...Bila ayamnya dah siap cikngah akan postkan...

Untuk pembaca semua,boleh gunakan kuali biasa kalau tiada pan tu...macam masak lempeng je...hehe...
Ok..jangan lupa ikuti blog cikngah untuk perkongsian resepi ye...

"Kalau sedap sila diwar-warkan,kalau tak sedap sila beritahu saya"

No comments:

Post a Comment