Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Wednesday, 11 September 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua...kepada yang setia membaca blog cikngah,terima kasih ya...sejak akhir-akhir ini cikngah mempunyai banyak masa jadi boleh la update blog di sini...

Memandangkan cikngah tidak bekerja jadi cikngah perlu berusaha bagi memastikan bisnes ini berjalan lancar dan income sentiasa ada...Alhamdulillah tempahan sentiasa ada walaupun tak berapa banyak...Syukur...

Cikngah perlu bekerja keras dan cikngah harap kek yang cikngah letak di kedai-kedai sekitar Taman Melati mendapat sambutan...sesungguhnya rezeki itu daripada Allah dan kita hanya berusaha dan berdoa...

Terbaru cikngah telah menyiapkan tempahan Kek Coklat Moist yang ditempah oleh Kak Sue dan Kek Lapis Masam Manis oleh Wanchik...Esok (12/9) perlu menyiapkan 2 biji kek lagi iaitu Kek Carrot dan Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang ditempah oleh sahabat mak cikngah...Alhamdulillah...


Kek Coklat Moist
Kek Lapis Masam Manis


No comments:

Post a Comment