Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Friday 24 July 2015

Selamat Hari Raya dan harga baru untuk Kek Carrot Cheese

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..Cikngah baru sahaja pulang dari kampung hari khamis haritu..ada yg dah mula order tapi terpaksa tolak sebab baru pulang sahaja..tapi harini Cikngah dah mula buka dapur dah..

Jadi pada yg nak order kek lapis, kek carrot atau apa sahaja daripada senarai produk Cikngah,dipersilakan...

Oh ya..pada yg jauh tu Cikngah kenakan kos penghantaran tau...maaf la..sebab jauh kan..kena fuel surcharge..

Tahun ni Cikngah beraya di KL dan selepas solat Jumaat kami pulang ke Teluk Intan dan kemudian ke Penang dan Guar Chempedak..Memang tiap-tiap tahun kami pulang ke 3 tempat ni..

oklah..dikesempatan ini Cikngah ingin memohon ampun dan maaf sekiranya kek yg Cikngah hasilkan tidak menepati citarasa semua..dan Cikngah juga ingin beritahu yg Kek Carrot Cheese akan dinaikkan harga kepada RM 40 mulai 1/8/2015..kek-kek lain harga seperti biasa..

oh ya..lupa Cikngah nak ucapkan terima kasih kepada semua yg membeli kek,almond london dan kerepek..kalau anda puas hati,boleh order lagi tahun depan ya..nak sebut nama sorg-sorg macam ramai la pulak..jadi,apa-apa pun terima kasih semua...

No comments:

Post a Comment