Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Wednesday, 11 September 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua...kepada yang setia membaca blog cikngah,terima kasih ya...sejak akhir-akhir ini cikngah mempunyai banyak masa jadi boleh la update blog di sini...

Memandangkan cikngah tidak bekerja jadi cikngah perlu berusaha bagi memastikan bisnes ini berjalan lancar dan income sentiasa ada...Alhamdulillah tempahan sentiasa ada walaupun tak berapa banyak...Syukur...

Cikngah perlu bekerja keras dan cikngah harap kek yang cikngah letak di kedai-kedai sekitar Taman Melati mendapat sambutan...sesungguhnya rezeki itu daripada Allah dan kita hanya berusaha dan berdoa...

Terbaru cikngah telah menyiapkan tempahan Kek Coklat Moist yang ditempah oleh Kak Sue dan Kek Lapis Masam Manis oleh Wanchik...Esok (12/9) perlu menyiapkan 2 biji kek lagi iaitu Kek Carrot dan Kek Lapis Kukus Cream Cheese yang ditempah oleh sahabat mak cikngah...Alhamdulillah...


Kek Coklat Moist
Kek Lapis Masam Manis


Friday, 6 September 2013

Produk Baru (Kek Lapis Kukus Cream Cheese)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni cikngah ada mencuba 1 resepi baru yang diperkenalkan oleh sedara cikngah...Sedara cikngah bgtau yang dia makan kek ni punyalah sedap...kami pun tertanya-tanya kek apalah yang sedap sangat...hehe...

Rupa-rupanya kek lapis kukus cream cheese...Kek ni sedara cikngah makan ketika di "open house" kawan dia...Setelah dicuba jawapannya MEMANG SEDAP...rasa sekali nk berkali-kali...hehe...

Dan yang bestnya cheese ni guna jenama tatura yang mana ada halal jakim...jadi mana kawan-kawan yang tak makan cheese sbb meragui status halal cheese tersebut jangan risau...kalau tak percaya ,boleh check sendiri di halal jakim...

Sebab cikngah tak lalu makan cheese sebab itu lah...jadi,kalau buat sendiri rasa yakin tu ada...Lepas ni cikngah nak try pulak kek cheese...hehe...insyaAllah kalau jadi boleh post di sini...
Kek Lapis Kukus Cream Cheese apabila dipotong....
Akhir kata sesiapa yang ingin order boleh contact terus ke no cikngah atau tinggalkan di inbox facebook cikngah...

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"