Lama juga Cikngah tak ber"blog" di sini...agak sibuk dengan tempahan kek tambahan baru dapat tempat baru untuk pasarkan kek...sekarang kek Cikngah boleh didapatkan di Kedai Pasar Segar berdekatan T.S Mega sederet dengan Melati Curry House(pelbagai jenis kek) dan LRT Gombak Kedai Auntie jual wafer dan jagung(kek carrot shj).
Baru-baru ni Cikngah dapat promosikan kek lapis kukus cream cheese kepada kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah KAFA...Alhamdulillah respon mereka sangat baik...semua suka dengan kek tu...Cikngah akan berusaha menambah baik kekurangan yang ada...
Di samping menjual,Cikngah juga dapat berjumpa kembali kawan-kawan sewaktu sekolah rendah...sangat best dapat borak ngan diorg...hehe...dulu semuanya kecil,comot(termasuklah Cikngah)hihihi...skrg dah berkerjaya dan masing-masing bergaya...biasalah dah besar kan...mesti nak cantik...
Tapi Alhamdulillah berkat bisnes yang Cikngah buat ni dapat menghubungkan kawan-kawan yang jauh dan dekat...yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapatkan...Cikngah sentiasa berdoa agar dapat memberikan hasil yang paling baik buat semua...terima kasih juga atas sokongan semua...
Dan yang paling utama di sini Cikngah nak beritahu bahawa mulai tahun depan iaitu 1/1/2014,harga semua jenis kek akan dinaikkan disebabkan peningkatan kos bahan mentah...banyak barang dah naik dan ada juga yang kata harga kek Cikngah sangat murah berbanding tempat lain...
Mungkin sesetengah tempat kek yang Cikngah hasilkan sangat murah dan sesetengah tempat agak berpatutan...iya...mmg semua harga kek Cikngah sangat murah tp masih dapat untung...mungkin juga ada sesetengah kos yang Cikngah tak kira....seperti kos gas,kos elektrik(kira sedikit) dan sebagainya...
Betul,Cikngah untung dengan jual harga tu tp untung sedikit sahaja...:-).tp bila difikir semula dengan keringat kita dan harga barang yang naik,Cikngah mesti naikkan harga...tp jangan risau,masih murah lagi kot walaupun naik harga....hehehe..Cikngah akan fikir harga yang sesuai untuk semua berikutan pertambahan harga bahan mentah..
Bagi harga muffin, harga sudah naik beberapa hari yang lalu...Cikngah rasa harga muffin Cikngah masih murah walaupun sudah naik harga...hehe....tak ape lah..yang penting kualiti dan semua berpuas hati...itu yang penting...kalau satu hari nnti Cikngah kena keluarkan kos beli aset yang mahal,masa tu baru Cikngah kena fikirkan harga-harga muffin tersebut...hehe..
Berkenaan kos penghantaran pula,kos penghantaran masih tidak berubah walaupun harga minyak naik...dan yang paling best,kos penghantaran tidak perlu dibayar jika membuat tempahan melebihi RM100 pada satu masa...tapi ini penghantaran kawasan Lembah Kelang sahaja ya...Almaklum lah kalau luar kawasan karang payah pulak nk bayar tol dan minyak...
Jadi,bagi yang ingin mengetahui harga terbaru semua jenis kek boleh la rajin-rajinkan tangan tengok blog ni sentiasa...hehehe...mungkin hujung bulan 12 baru Cikngah letakkan harga baru...jadi,apa tunggu lagi...sebelum harga naik,cepat-cepat order kek...
Dan akhir kata,yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah adalah kelemahan Cikngah sendiri..dan Cikngah sedaya upaya memperbaiki kelemahan tersebut...In shaa Allah...
"Kalau sedap boleh diwar-warkan,kalau tak sedap boleh beritahu Cikngah"