Kata-kata Hikmah

Masakan yang sedap adalah ikhlas dari hati dan penuh dengan kasih sayang...Bak kata Chef Ammar "masak dari hati,masak with iman"

Sunday 30 September 2018

Baking Time

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Lama kan tak dengar khabar cikngah.. Last update blog ni pun bulan 4 klu tak silap.. Ye.. Lupa nak update yg cikngahmelati rehat sat..

So masa berehat dah tamat.. Cikngahmelati dah buka kedai balik dah.. Hihi.. Sesiapa yang nak kek leh order ye.. Boleh tengok kat ruangan produk kek..

Kalau ada kek yang takde dalam gambar, boleh pm/dm/wasap/call je cikngah kot2 cikngah boleh buatkan.. Nanti pandailah cikngah google tengok.. Hihi..

Pada yang view blog ni, boleh la kiranya jadi follower cikngah.. Ramai ni silent reader.. Walaupun cikngah jarang-jarang update, tapi tak bermakna baking tak berjalan.. Huhu

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh je hubungi cikngah.. Bila-bila Masa dan di mana jua.. Chewwah.. Haha..

" Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap beritahu cikngah "

Sunday 22 April 2018

Harga Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengumuman untuk semua. Bermula Mei 2018, harga kek kecuali kek lapis, telah dinaikkan kerana harga bahan mentah juga naik. Sila rujuk di ruangan produk kek untuk mengetahui senarai harga terbaru.

Lama Cikngah tak update blog ni. Sebenarnya kalau diikutkan, harga kek Cikngah masih di tahap murah jika dibandingkan dengan baker lain. Ada yang jual sekali ganda dari Cikngah. Cikngah sebenarnya berfikr-fikir juga nak naikkan. Maklumlah fikir juga kewangan orang lain. Mungkin lepas ni lambat lagi baru naikkan.

Ok lah..apa-apa pun, kalau nak order just roger Cikngah dan untuk kek lapis harap order seminggu awal ya..kerana kek lapis perlu disimpan dan kot-kot la bahannya tiada.

"Kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap beritahu Cikngah" 


Sunday 17 September 2017

Baking As Part Time

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama Cikngah menyepikan diri..hehe..tapi produce kek tak pernah menyepi ya..tapi sejak dua menjak ni memang agak slow dan kurang orang tempah kek..haritu masa raya korban pun leh tahan org tempah daripada CIkngah..Syukur Alhamdulillah..

Harini saja nk buka blog ni..sebab dah lama tak post apa-apa entry kan..sebenarnya dah rindu ngan blog ni tu yang buka juga..tak mengapa lah harini kita bercerita tentang kehidupan sebagai baker, blogger dan penjawat awam..

Sebenarnya kehidupan sebagai baker ni best...lagi-lagi kalau buat sesuatu yang kita suka..ye lah walaupun kekadang penat balik keje tapi lepas dapat duit, semua tu hilang..betul..sebab kekadang kena berdiri masa baking kekadang tu memenatkan..

Dulu semasa Cikngah jadi fulltime baker sgt penat...hari-hari kena ngadap kek...kena survive cane nk kumpul duit dan maintain duit tu sentiasa ada..tak boleh sesuka hati berbelanja..walaupun dapat rehat sesuka hati tapi pada Cikngah susah juga kalau buat fulltime..kena usaha betul-betul..bak kata pepatah 'Bukan Senang Nk Senang, Bukan Susah Nk Susah'..

Cikngah dalam baking ni bukan la seorang yang pro..tiada kelulusan pun dalam baking cuma ada kelulusan dalam bisnes je..tapi bila mula dulu dengan buat cookies, menjadi dan buat cupcakes pun jadi, Cikngah cuba pulak buat kek...semua tu mula dengan cuba-cuba..

Ok, sebetulnya kek-kek yang Cikngah hasilkan kebanyakkannya bermula dengan resepi dari kawan dan buku..cuma dulu pernah belajar buat kek aiskrim dan kek lapis..cuma yang paling laris ialah kek carrot yang resepinya daripada Kak Sal masa Cikngah bekerja di JPJ.

Terima kasih Kak Sal..resepi tu sangat mudah cuma Cikngah ubahsuai sikit ikut citarasa Cikngah..kek lapis pula Cikngah belajar daripada kawan mak..memang datang kat die semata-mata nk belajar kek lapis..so far Alhamdulillah banyak juga tempahan tapi kalau nk kena bagitau awal-awal..

Kemudian, cerita tentang blogger pulak...melalui blog ni la kebanyakkannya orang kenal kek Cikngah..ye betul..mana yang pernah baca dan tengok harga kata kek Cikngah murah...ada yang kata kek carrot Cikngah sangat murah...banding ngan orang lain jauh beza..

Ada yang dapat contact number Cikngah daripada orang yang pernah order daripada Cikngah...Alhamdulillah rezeki dari mulut ke mulut..menjadi seorang blogger ni kena rajin..tapi Cikngah tak rajin..hehe..

Sebab kita bukanlah seorang yang kaki bercerita...hehehe...dulu masa ada banyak masa rajin la Cikngah post mcm-mcm entry..skrg je dah kurang...apa-apa update lebih byk dalam facebook..

Sekarang Cikngah dah jadi part time baker..Tugas utama sekarang sebagai penjawat awam..tugas di pejabat lebih utama berbanding baker..walaupun macam tu, kalau ada tempahan, in shaa Allah kalau boleh buat, akan diusahakan buat...

Ramai juga kawan-kawan di ofis yang order..Alhamdulillah..juga dari mulut ke mulut..betul..kalau nk mudah dapat tempahan especially makanan, kena rajin buat dan hadiahkan bagi semua dapat rasa..bermula dengan saja-saja bawak sehingga kini ramai yang order...

Oklah sampai sini dulu entry daripada Cikngah....kalau nk order boleh je contact number ini..0173294695..boleh call/sms/whatsapp ya...daaaa

"Kalau Sedap Boleh Diwar-warkan, Kalau Tak Sedap Boleh Bagitau Cikngah"

Saturday 3 June 2017

Ramadhan Kareem 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar semua?ada yang ternanti-nanti entry dari Cikngah Melati ke...maaf la lama tak update blog ni..Walaupun tak update tak bermakna Cikngah tak baking..baking still berjalan macam biasa cumanya secara part time.

Sekarang Cikngah dah bekerja balik dan baking ni menjadi nombor 2..kalau ada yang nak order boleh call/sms/whatsapp ke 0173294695...kalau Cikngah boleh buat dan tiada halangan in shaa Allah boleh..jangan khuatir ya..

Ok..dah 6 bulan Cikngah tak update kan..so, sekarang di bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Kareem Cikngah nk update sikit apa yg Cikngah buat sekarang. So, pada yang dah tau ok la..lagi sekali Cikngah nk bgtau yang kalau pada sesiapa yang order apa-apa produk daripada Cikngah Melati sama ada kerepek, cookies atau kek..anda akan dapat free gift daripada Cikngah Melati...

Haa...mesti happy kan..Free gift nya ialah sampul duit raya daripada Cikngah Melati Cakes. Ini juga sebagai tanda penghargaan kepada anda semua yang selama ini support bisnes Cikngah dan tak jemu-jemu order kek daripada Cikngah. Rupa sampulnya seperti di bawah.

sampul raya 2017

Kemudian, Cikngah nak kongsikan kek-kek yang dah ditempah sepanjang 6 bulan ini..Terima kasih kepada semua yang menempah k..











Ok..itu antara kek-kek yang anda boleh 'cuci mata' sekejap. Oh ya..sebelum ni ada yang ingin menempah kek coklat cheese tapi sejak akhir-akhir ni tak berapa menjadi..tapi setelah R & D dilakukan Alhamdulillah ada improvement.

Untuk raya 2017 ni..Alhamdulillah Cikngah terima banyak tempahan..Syukur sangat-sangat..harap tiada halangan untuk menyiapkan semua tempahan tersebut..dan Cikngah juga nak umumkan yang tempahan akan ditutup pada 16 Jun 2017 (Ahad)..Pada yang belum order boleh cepat2 hubungi Cikngah untuk tempahan..

Walaupun Cikngah hanya buka tempahan untuk kek, tapi semua terletak pada rezeki..beberapa tahun sebelum ni Cikngah pernah open order untuk cookies tapi untuk tahun ni walaupun ada yang bertanya tapi Cikngah tak boleh nk buat..cukup lah buat untuk makan di rumah..Maaf ya pada yang bertanya cookies Cikngah.

Ok lah..harap kita dapat berjumpa lagi di Ramadhan akan datang..Salam Ramadhan Kareem..

"Kalau Sedap Boleh Diwar-warkan, Kalau Tak Sedap Boleh Beritahu Cikngah"


Monday 26 December 2016

Aktiviti minggu ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Yeah..minggu ni cuti panjang ya semua..minggu depan pun cuti panjang juga..sepanjang minggu lepas cikngah puas la bersilat kat dapur..Hehe..siapkan tempahan kan..

Minggu ni sangatttt banyak tempahan yang cikngah terima...penat tapi sangat best bila dapat penuhi permintaan customer2 cikngah...walaupun kadang2 rasa penat tapi gagahkan jugak sebab rasa best bila dapat baking ni..

Walaupun cikngah xde la handal sangat dalam baking ni dan kek cikngah biasa2 je tapi syukur customer tak putus putus order...Alhamdulillah.. Kalau yang dah rasa kek cikngah in Shaa Allah akan repeat lagi..

Ok..nnti di bawah cikngah kongsikan kek yang dah siap untuk minggu lepas..syukur..

Pada yang nk order dipersilakan..sila pm/whatsapp/SMS cikngah ke 0173294695..

#islamisfirstclass
#bolehcubakekcikngaj
#janganmalumalunkorder

Sunday 25 September 2016

Harga baru 3 jenis kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar semua? Masih terngiang-ngiang di kepala kek yang korang beli daripada cikngah?hehe..kalau jawapannya ya tu,kena repeat lagi la jawabnya ya..jangan risau,ambil hp whatsapp je cikngah..atau just pm sama ada melalui fb cikngah atau fb siti sarah adnan..kedua-duanya cikngah layan..

ok lah..tujuan cikngah update ni nak update harga untuk 3 jenis kek..3 jenis kek itu ialah kek carrot, kek carrot cheese dan kek coklat cheese (kek lapis kukus cream cheese).

Cikngah bukan saja-saja nak naikkan harga..sebabnya kos bahan mentah bagi ketiga-tiga kek tersebut dah naik..lagipun cikngah rasa kalau banding dengan bakers lain,kek yang cikngah jual masih kategori murah..ye dak?hehe..

Ok..cikngah update kat sini harga kek-kek tersebut ya..tapi kalau nak nampak dengan lebih jelas,boleh lihat di ruangan produk ya..harga ni berkuatkuasa bulan 10 tetapi pada yang dah order bulan 9 tapi nk ambil bulan 10,cikngah still bagi harga bulan 9..

Harga baru kek

1) Kek carrot             - RM 30
2) Kek carrot cheese - RM 45
3) Kek coklat cheese - RM 40

Oklah setakat itu dulu entry cikngah untuk kali ini..cikngah nk p tolong mak sat buat apam beras..ok cikngah gerak dulu..pape roger..

"kalau sedap boleh diwar-warkan, kalau tak sedap boleh beritahu cikngah"

Sunday 14 August 2016

Rezeki rezeki rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Dah lama kan cikngah tak update blog ni...dah bersawang dah ni..selepas ramadhan dan kemudian aidilfitri,baru lah sekarang boleh update..

Terima kasih pada semua yg tempah kek untuk raya aritu...boleh tahan juga byknya...boleh la cikngah buat utk duit raya..Hehe...

Ok..ni cerite yang sebenarnya yg cikngah nk bgtau..cikngah dah dapat kerja..so,skrg buat kek adalah keje part time utk cikngah..

Tapi jgn risau ye semua customer2 cikngah..cikngah masih boleh baking lagi lepas blk kerja dan weekend...in Shaa Allah tapi klu utk topping hanya boleh buat time weekend je..

Klu kek yg tak bertopping,hari Biasa pun boleh..in Shaa Allah..tapi kena bgtau awal2 la agar bahannya sempat dibeli...

Setakat ni so far cikngah boleh buat lagi dan tak ganggu keje seharian cikngah..

Ok lah..sampai situ dulu entri cikngah utk Kali ni...Kalau ada pertanyaan atau tempahan boleh call/SMS/whatsapp ke 0173293695...

Ok..da di du...

" Kalau sedap boleh diwar-warkan,Kalau tak sedap boleh bagitau cikngah"